Warnakan Rambut Dalam 10-15 Minit Dengan Atomy Bubble Hair

Nak sharing tentang perwarna rambut dari Atomy yang memang best, tak perlu ambil masa yang lama. Hanya ambil masa 10-15 minit je. Dan boleh buat sendiri dekat rumah. Maklumlah tengah musim PKP ni, tak tau nak buat apa, bolehlah cuba warnakan rambut dengan produk Atomy Bubble Hair Color Cream.

 

Didatangkan dalam 3 warna iaitu Amber Brown, Natural Black dan Chesnut Red. Diformulasikan dengan ramuan herba untuk perapian semasa mewarnakan rambut. Dan produk ni tiada bahan kimia yang membahayakan kulit kepala dan amonia dalam formulasi. Dalam 10-15 minit, anda dah boleh dapat warna rambut baru.

Antara bahan-bahan yang terdapat dalam Atomy Bubble Hair Color Cream ialah.

  1. Ekstrak Panax Ginseng – Menguatkan rambut dan memperbaiki kerosakan akibat kekeringan.
  2. Ekstrak Licorice – Melembapkan semasa mewarna untuk mengurangkan kekeringan dan menjadikan rambut lebih lebih sihat.
  3. Ekstrak Golden Chamomile – Menghidupkan semula dan menjadikan rambut cantik dan bersinar.
  4. Vitamin E – Memperbaiki hujung rambut yang bercabang
  5. Lanolin – Melembapkan rambut dan menjadikan ramubt ebih senang diurus
  6. Minyak Jojoba – Daripada sumber organic yang diperakui. Ia dapat menenangkan kulit kepala sambil melindungi rambut dari kekeringan dan kerosakan.

Cara nak guna senang je. Guna sarung tangan untuk buka pack dan campurkan larutan 1 dan larutan 2 dengan sekata dalam bekas. Sapukan pada rambut yang basah sehingga mengeluarkan buih. Biarkan selama 15-20 minit. Bilas rambut dengan teliti diikuti dengan shampoo dan conditioner. Keringkan rambut dan anda akan dapat hasilnya 🙂

Jika nak warnakan rambut untuk menutup uban, anda boleh campur warna Chesnut Red atau Amber Brown dengan warna hitam.

Dan jangan risau, produk ini selamat digunakan dan bahan peroksida yang digunakan dlaam produk ini amat rendah jadi akan mengurangkan alergi pada pengguna.

Bagi saya, Atomy Color Hair Bubble Cream ni sangat senang digunakan dan tidak mengambil masa yang lama. Ada 5 pouch cuma RM45.00 saja.

Jangan lupa dapatkan id Atomy secara percuma di sini

https://wa.link/9nimsf