Produk Dico Hair Care Intan Najuwa

Hai semua.

Rasanya ramai yang mengalami masalah rambut gugur yang teruk. Kak Zaza jugak tak terkecuali. Kadang-kadang tu rasa risau dan takut nak sikat rambut sebab rambut penuh melekat kat sikat. Bila sapu rumah pun penuh dengan rambut je. Sedih dan risau.

Tapi Kak Zaza dah jumpa penyelesaian masalah rambut. Kak Zaza guna produk Dico Hair Care, produk dari pelakon comel Intan Najuwa. Tengoklah rambut beliau, cantik dan lebat. Memang adore sangat.

Produk Dico ni ada 5 items, terdiri dari Dico Hair Growth Tonic, Dico Protective Hair Mist, Dico Coconut Milk Shampoo, Dico Therapy Coconut Hair Mask dan Dico Coconut Milk Conditioner. Bahan utama produk ni berasaskan kelapa.

Ok, mari Kak Zaza ceritakan satu-satu produk ni dan apa kebaikan dia ye.

Dico Tonic Intan Najuwa

Dico Hair Growth Tonic ni khusus untuk mereka yang ada masalah rambut gugur. Tonic ni akan bantu kurangkan rambut gugur dan melebatkan rambut. Tonic ni istimewa sebab dia jugak berfungsi sebagai minyak rambut, jadi rambut jadi lebih lembut dan bersinar. Cara nak guna, cuma sapukan je Dico Tonic ni dekat tapak tangan dan sapukan ke kulit kepala dan rambut. Urut lah sebentar dalam 1 minit, dan lepas tu sikat rambut macam biasa. Kak Zaza memang kagum sangat dengan Dico Tonic ni, sebab baru pertama kali pakai, rambut dah tak gugur dah. Harap-harap dapat melebatkan rambut jugak 🙂 Harga Dico Hair Growth Tonic ni cuma RM59 je.

Dico Shampoo Intan Najuwa

Dico Coconut Milk Shampoo pulak membersihkan kulit kepala dari segala kotoran. Sebab itu untuk mereka yang ada masalah kulit kepala gatal dan kelumumur, disarankan sangat pakai shampoo ni. Dan bau dia pun sedap sangat, bau shea butter. Harga RM39.

Dico Conditioner Intan Najuwa

Lepas tu boleh guna Dico Coconut Milk Conditioner. Yang ni guna selepas bershampoo. Untuk hasil yang lebih berkesan, masa letak conditioner ni, biarkan sekejap kat rambut dalam beberapa minit, dan barulah bilas. Korang akan dapati rambut lebih lembut, licin dan senang nak diurus. Harga RM49.

Dico Hair Mask Intan Najuwa

Seminggu sekali bolehlah guna Dico Therapy Coconut Hair Mask untuk rawatan rambut. Hair mask ni untuk membaiki rambut yang rosak. Atau yang ada masalah rambut bercabang, rambut kembang dan suka colour rambut, bolehlah guna Dico Hair Mask ni. Lepas pakai conditioner, lap rambut dengan tuala, dan bolehlah sapu hair mask ni dekat rambut. Biarkan seketika barulah dibilas. Korang jangan terkejut, rambut korang akan jadi lembut sangat, licin, dan tak kejung lagi. Harga RM69.

Dico Hair Mist Intan Najuwa

Dan produk yang terakhir ialah Dico Protective Hair Mist. Yang ini untuk finishing. Cuma spray je kat rambut, rambut akan jadi wangi dan melindungi rambut dari sinaran cahaya matahari. Yang ni sesuai sangat untuk mereka yang bertudung, yelah pakai tudung seharian risau pulak rambut berbau. Jadi gunalah hair mist ni. Takdalah rambut berbau kepam. Harga RM39.

Kalau korang nak dapatkan produk ni, boleh je contact Kak Zaza. Kak Zaza merupakan stokis berdaftar produk Dico. KakZaza dah cuba dan puas hati, jadi korang bila lagi.