Hari kedua di Tokyo, kami dah plan nak ke Mount Fuji gunung tertinggi di Jepun. Untuk ke sini, kami dah beli siap2 pakej ke Mount Fuji. Senang sikit, so hari ni, agak relaks sikitlah tak perlu nak susah-susah study cara-cara ke Mount Fuji.

Kami dikehendaki berkumpul dekat Shinjuku VIP Lounge, Yamagin Building pukul 8.30 pagi. Nasib baik dah cari tempat ni semalam, jadi takdalah kelam kabut sangat. So pagi tu kami pun relaks je lah pergi ke tempat berkumpul.

 

Bila dah sampai kat Shinjuku station, kami pun carilah exit yang kami pergi malam tadi. Tapi kan. Adeh. Kenapa lain je rupa exit ni? Dah kelam kabut jadinya. Tengok jam dah 8.30am. Masing-masing dah mula rasa cemas. Takut tertinggal bas. Takkan kes masa kat Seoul dulu berulang kembali? Oh tidak! Kami pun terus je jalan laju-laju keluar ke jalan besar. Lega hati sikit bila keluar je terus nampak bangunan landmark nak ke Yamagin Building. Sampai-sampai je kat bangunan tu kami terus je pergi tingkat 4. Nasib kami baik sebab group kami tu tak pergi lagi. Kalau tidak burn la duit kami. Hahaha. So kami terus je jumpa dengan tour guide kami. Sempat lah dengar taklimat sikit.

Lebih kurang jam 9pagi kami berlepas. Ada 44 orang semuanya. Tour guide kami namanya Wong Ui. Beliau dah berada dekat Jepun dari tahun 1993 lagi. Untuk pakej ni, kami akan dibawa ke 4 attractions iaitu 5th Station, Lake Kawaguchi, Oshino Hakkai dan Outlet Shopping.

Masa dalam perjalanan tu, tour guide beritahu nasib kami memang sangat baik hari tu sebab dapat naik sampai ke 5th station. Sebab kalau salji terlalu tebal, memang tak dapat nak naik sampai atas. Bila dengar je dia kata salji, fuyoo rasa berkobar-kobar pulak hati. Yelah, tak sangka pulak dapat tengok salji dari dekat. Rupanya dekat Mount Fuji ni, salji dah mula ada sejak dari Mid October lagi.


On the way ke Mount Fuji, singgah kejap kat sini untuk sesiapa yang nak ke tandas. Turun je bas, alamak sejuk gilerr. Terasa macam duduk dalam peti sejuk pulak.

Tangan kena letak dalam baju je sebab tak tahan sejuk

Excited dah masing-masing bila nampak Gunung Fuji. Cantik ya amat.

 

Kami sampai lambat sebab jalan agak jem. Mungkin sebab public holiday di Jepun, so orang ambil kesempatan untuk keluar bercuti. Sesampai je dekat 5th Station ni, kami diberi percuma green tea. Fuh memang sedap lah sejuk-sejuk ni dapat minum air panas. Lepas tu kami diberikan masa lebih kurang sejam di sini sebelum bergerak ke Lake Kawaguchi.

Bestnyaaaa dapat tengok Mount Fuji dari dekat. Rasa nak nangis rasa lihat keindahan gunung ni. Tak sangka dapat tengok sebab sebelum ni hanya tengok je dalam gambar.

Permandangan kat sini cantik sangat. Rasa kagum dengan keindahan ciptaan Allah.


Yelah tak pernah jumpa salji kan. Niat nak jalan lihat keindahan daun maple tapi pakej dapat pegang salji. Masa ni lupa nak pakai glove. Kebas tangan pegang ais.

Kalau nak tengok Mount Fuji dari dekat, memang kena datang kat 5th station.

Syukur cuaca baik sangat hari ni

Bercuti ke Tokyo, Jepun

 

Dah lepas tu kami pun bergerak menuju ke Lake Kawaguchi. Disebabkan kami ni terlalu leka bergambar dan main salji, kami orang yang terakhir naik bas. Hahaha rupanya semua tengah tunggu. Hehe maafkanlah kami sebab tak pernah tengok salji kan, tu yang terlebih excited tu.

Permandangan dari dalam bas menuju ke Lake Kawaguchi. Cantik sangat.

Di Lake Kawaguchi kami diberikan masa sejam. Dekat sini agak sukar nak dapat makanan halal dengan waktu yang terhad, so, kami lunch makan fries, tempura dan air coke je.

 

Bercuti ke Tokyp, Jepun

Masa makan ni, duduk sekali dengan pelancong dari Amerika yang sama-sama naik join trip ni. Dia tanya tak sejuk ke? Macam terkejut pulak dengan soalan dia. Suhu masa tu 9 je, mestilah sejuk. Dengan kita yang tak biasa lagi. Pastu dia kata dia pun tak tahan sejuk. Kami macam eh biar betul dia ni. Sekali dia cakap, dia dari Florida, tempat yang memang panas dan kering. Ohhh ok, patutlah. Hahaha.

Dekat sini cantik sangat. Tadi dah rasa salji, kat sini kita rasa autumn pulak.

Hahaha kalau tadi excited jumpa salji, ni excited pulak tengok daun maple. Siap kutip bawak balik KL lagi.



Dah semakin gelap dah cuaca. Dah tak nampak dah Fujisan.

 

Inilah restoran tempat kami makan tadi


Inilah bas yang bawa kami haritu

 

Lepas ke Kawaguchi, kami di bawa ke Oshino Hakkai. Kat sini dapat lihat perkampungan Jepun dan view Mount Fuji. Tapi masa kami sampai kat sini, cuaca dah gelap dah. Padahal baru pukul 5pm. Ingatkan dah malam sangat. Menggigil-gigil kesejukan kat sini.

Menurut tour guide yang bawak kami tu, air dekat tasik ni pernah diambil oleh NASA ke angkasa untuk pembenihan awan.

Dekat sini ada 8 tasik semuanya. Kolam ini terletak di antara Tasik Kawaguchiko dan Tasik Yamanakako, dan semuanya tersisa dari tasik keenam yang kering beratus-ratus tahun yang lalu.

Inilah Oshino Hakkai hot springs yang mengalir dari Mount Fuji. Ramai beratur nak ambil air dari sini. Kami tak ambil sebab takut tertinggal bas.

 

Sepatutnya lepas Oshino Hakkai, kami dibawa ke Premium Outlet. Tapi sebab dah gelap, ditambah dengan jalan jem, jadi kami semua decide tak pergi pun situ. Tapi takpa, kalau tak pergi pun tak rasa ruginya. Sebab cuma sekadar tempat untuk shopping. Kalau memang suka shopping dan bawak banyak duit sukalah, tapi kalau setakat datang untuk jalan-jalan dan suka-suka memang tak excited pun. Hehe.


Dapat banyak voucher dan kupon dari tour agent kami.
Sampai je dekat Shinjuku, terus rasa lapar. Sejuk-sejuk ni makan ramen sedap jugak. So, kami pun decide nak makan ramen dekat Halal Ramen Ouka.

Ni macam chicken ball

 

Set Ramen kepedasan tahap 4. Memula nak ambil tahap 8, tapi dia kata pedas sangat. Tahap 3 adalah tahap kepedasan untuk masakan Malaysia dan Indonesia. So, KakZaza ambilllah tahap 4. Tapi, bagi KakZaza taklah pedas sangat sampai tak boleh makan. Kakak ambil tahap 2 dan Mai tahap 3.

Unik kan sudu ni. 2 in 1. Sudu dan garpu sekaligus.


Green Tea

 

Layanan kat sini pun best. Siap dapat free Mochi dan air herba lagi. Masa makan je Mochi ni, Ya Allah sedap sangat. Memang tak sama dengan Mochi yang selalu makan kat KL. Lembut sangat dan memang tak cukup lah sorang makan satu je. Hahaha.

 


Yang ni lah buat termimpi-mimpi sampai ke harini. Mana nak cari Mochi sesedap ni dekat KL?

Air Detoks. Cuci perut lepas makan


Nak makan Ramen ni pun ada caranya tau.

Bill pun kawaiii sangat

Kepenatan berjalan sepanjang hari campur kekenyangan makan Ramen. Hehe

Setakat itu je untuk hari kedua ni. Esok, kami plan nak ke Tokyo Tower, Yoyogi Park, Shibuya, dan Harajuku. So nantikan cerita di next entry ya.

Boleh juga baca hari pertama di Tokyo di sini.
Hari Pertama Di Tokyo