Akhirnya, sampai juga hari yang ditunggu-tunggu. KakZaza bercuti ke Tokyo, Jepun! Sangat teruja sebab memang Jepun merupakan negara yang memang teringin sangat nak pergi dari dulu lagi

Sebelum ke Jepun, memang KakZaza dah buat banyak persiapan. Antaranya:

  1. Passport – Yang ini dah tentulah kan.
  2. Tiket flight – KakZaza dah beli masa promo bulan April.
  3. Tempat penginapan – Yang ini pun lepas 2-3 bulan beli tiket kapal terbang, terus je cari tempat tinggal. Dari pembacaan KakZaza, bilik hotel kat Tokyo memang kena book cepat-cepat kalau nak dapat harga mampu. Untuk tempat tinggal, KakZaza ambil dari web booking.com. Dapatlah harga bawah sekitar RM2,000 untuk 6 malam. KakZaza pilih tinggal dekat kawasan Roppongi, sebab dekat dengan centre Tokyo.
  4. Itinerary – Banyak buat dari pembacaan blog dan nasihat dari kawan-kawan yang pernah ke Tokyo, Jepun.
  5. Pakaian tebal –  Yang ni semua KakZaza beli dari Lazada. Ok jugak, dapatlah harga yang mampu beli dan cantik-cantik.
  6. Travel insurance. Yang ni penting kalau nak ke luar negara. Ye,lah sebagai persediaan jika terjadi sebarang perkara yang tak diingini.

Flight pukul 2.40pm, KakZaza dah get ready dekat airport dari pukul 10.30 pagi lagi. Sampai-sampai terus ambil pocket wifi yang dah disewa dari Wiyo. Memang puas hati sangat guna wifi ni masa dekat Seoul tahun lepas. Harap-harap kat Jepun ni pun puas hati jugaklah.

Dah lepas tu, terus pergi dekat departure hall, jumpa dengan Mai, yang kali ni join trip ke Tokyo dengan kami, dan terus je check in.

Masa check in tu, sempat pulak kami kena interview pasal self baggage dekat KLIA 2 yang baru je beroperasi. Komen kami ada disiarkan dekat web http://convergence.malaysiaairports.com.my/lifestyle/travelassist/self-baggage-drop-whats-your-say

 

Muka excited

 

 

Kapal terbang pun comel! Kawaii sangat

Lunch dalam kapal terbang. Menu Nasi Ayam

Alhamdulillah, perjalanan selama hampir  7 jam berjalan dengan lancar. Dan yes, kami dah pun berada di bumi Jepun!

Oh ya, dah lepas ambil luggage, terus KakZaza whatsapp Mr Engineer ni yang kami mintak ambil dekat airport untuk hantar ke rumah kami nanti. Dia ni dah bekerja dekat Jepun lebih 13 tahun. Dan buat airport transfer sebagai sambilan. Ha, senang lah kan, kalau ada sesiapa nak guna khidmat beliau, boleh je contact KakZaza.

Sementara tunggu beliau, tiba-tiba kami didatangi 2 orang Polis yang berpakaian biasa. Mula-mula tu cuak jugak, tapi bila dia tunjuk badge polis, baru lega sikit.  Kami kena interview macam-macam soalan. Tanya berapa hari kat Jepun, nanti nak pergi mana, pertama kali ke Jepun ke. Kemudian mereka berikan kami nombor telefon emergency yang boleh kami hubungi sepanjang di Tokyo, Jepun.

Inilah yang polis tu beri untuk kami simpan, senang jika berlaku kecemasan

Masa tu jugak yang Mr Engineer tu dah ada depan KakZaza. Dia pun cakap lah dengan polis tu yang kami dengan dia. Nasib lah kan dia muncul tepat pada waktunya. Kalau tak mesti kena lama lagi kami diinterview. Hehe.

Dari airport ke tempat tinggal kami dekat Roppongi lebih kurang 30 minit je.

Mr Engineer tu siap belanja kami Onigiri. Terima kasih ye. First time makan Onigiri ni. Sedap dan mengenyangkan. Asalnya kami ada tanya beliau masa dalam kereta, makanan halal yang kami boleh beli. Tak sangka pulak, dia belanja. Thank you 🙂

 

 

Rumah yang kami tinggal ni kecil je. Susah juga nak dapatkan bilik yang besar untuk kami bertiga. Tapi oklah, walaupun kecil, tapi selesa je untuk kami tinggal 6 malam. Rumah ni lengkap dengan dapur dan peralatan masak, seterika, mesin basuh dan kelengkapan bilik air.  Pocket Wifi percuma pun ada. Tuan rumah pun baik, sentiasa jawab apa-apa pertanyaan kami berkaitan dengan rumah.

Sampai rumah, terus mandi, berehat dan tidur, tak sabar nak explore bandar Tokyo keesokan harinya. Plan nak ke Tokyo Skytree, Asakusa, Ueno dan Akihabara.

 

WhatsApp WhatsApp untuk pertanyaan
Share via
Copy link
Powered by Social Snap