Bercuti ke Tokyo hari pertama. Pagi-pagi lagi dah bersiap nak jalan-jalan di bandar Tokyo. Sejuk pulak suhu pagi ni. 13 darjah. Suka sejuk-sejuk ni. Tapi tak tahan pulak kesejukan. Tak sangka pulak suhu time ni dah bawah 15. Sebab selalu tengok ramalan cuaca sebelum ke Tokyo ni, suhu 15 ke atas.

 

Bercuti ke Tokyo, Jepun musim autumn
 Ni lah rumah yang KakZaza tinggal sepanjang 5 hari berada di Tokyo.

 

Bercuti ke Tokyo, Jepun musim autumn

Bercuti ke Tokyo, Jepun musim autumn
 

Jalan ni yang kitorang lalu setiap hari. Hahaha penat jugaklah bila tengok berbukit macam ni.

Bercuti ke Tokyo, Jepun musim autumn

Dekat sini jugak boleh sewa basikal. Tapi tak pasti pulak macammana caranya.

Bercuti ke Tokyo, Jepun musim autumn

Ada vending machine jugak

Bercuti ke Tokyo, Jepun musim autumn

Bercuti ke Tokyo, Jepun musim autumn

Bercuti ke Tokyo, Jepun musim autumn

 

Bercuti ke Tokyo, Jepun musim autumn

Bercuti ke Tokyo, Jepun, musim autumn

Nampak tak Tokyo Tower kat belakang tu? Ha, punyalah excited bila nampak tower ni. Sebab selama ni tengok dalam gambar je tak sangka nampak dari dekat. Tokyo Tower ni memang boleh nampak dari kawasan rumah KakZaza tinggal.

 

Bercuti ke Tokyo, Jepun musim autumnNi dekat Roppongi Crossing

Bercuti ke Tokyo, Jepun musim autumn

 

Bercuti ke Tokyo, Jepun musim autumn

Kalau ikut kata google map, cuma 5 minit je dari rumah ke stesen ni. Tapi rasanya dekat 15 minit jugak lah kami jalan. Hahaha, campur dengan berhenti ambil gambar lagi.

Bercuti ke Tokyo, Jepun musim autumn

Untuk memudahkan perjalanan, KakZaza beli siap-siap kad Pasmo. Kad ni boleh digunakan untuk semua pengangkutan di Tokyo. Beli dekat mesin. Ingatkan susah, rupanya senang je. Boleh tukar ke bahasa Inggeris.

Tapi kelakar, masa time KakZaza beli tiket ni, duit balance tak keluar. Macam agak panik lah jugak masa tu, terus mata melilau cari staff. Tiba-tiba, terjengul staff kat belakang mesin ni. Rupanya sebalik mesin (yang warna biru tu) ada staff yang control semua transaction tu. Dia pun bagi duit balance. Terkejut kita.

Bercuti ke Tokyo, Jepun musim autumn

So destinasi pertama untuk hari pertama ini ialah ke Tokyo Skytree. Tokyo Skytree ni merupakan menara tertinggi di Tokyo. Dekat sini boleh lihat seluruh bandar Tokyo.

Bercuti ke Tokyo, Jepun musim autumn

Untuk ke Tokyo Skytree, ambil tren menuju ke stesen Oshiage Skytree. Dari sini terus je masuk ke bangunan Solamashi @ Tokyo Skytown. Dari sini terus je pergi ke Tokyo Skytree. Tiket boleh beli dekat tingkat 4 untuk naik ke Tembo Deck.

 

Bercuti ke Tokyo, Jepun musim autumn

Bercuti ke Tokyo, Jepun

Keluar je dari Tokyo Skytown tu punyalah sejuk rupanya. Kat sini pun cantik sangat viewnya. Macam biasalah, bila dah nampak view-view cantik ni apa lagi, bergambar la kan.

Bercuti ke Tokyo, Jepun musim autumn

Excited nampak Tokyo Skytree dari luar.

Bercuti ke Tokyo, Jepun, musim autumn

Bercuti Ke Tokyo, Jepun

 

Bercuti ke Tokyo, Jepun musim autumn

Permandangan dari Tembo Deck tingkat 350. Kagum tengok banyak sangat bangunan di bandar Tokyo ni. Kalau tengok waktu malam lagi cantik kan.

Bercuti ke Tokyo, Jepun musim autumn

Bercuti ke Tokyo, Jepun musim autumn

Bercuti ke Tokyo, Jepun

Bercuti ke Tokyo, Jepun musim autumn

Tiba-tiba ada sekumpulan pelajar tegur kami. Mungkin ini sebahagian dari tugasan mereka kot, kena tegur pelancong dan bercakap dalam English. Kawaiii kan adik-adik ni.

 

Bercuti ke Tokyo, Jepun musim autumn

Dan mereka beri kad dan green tea. Rasanya dalam kad ni cerita tentang green tea tu kot. Kalau ada sesiapa yang faham tulisan ni bolehlah share maksudnya.

Tembo Deck ni dekat tingkat 350. Kalau nak naik ke glass floor, korang kena beli tiket lagi untuk ke Tembo Galleria di tingkat 450. Nak beli tiket boleh beli dekat Tembo Deck.

bercuti-ke-tokyo,-jepun-day-1
bercuti-ke-tokyo,-jepun-day-1
bercuti-ke-tokyo,-jepun-day-1

 

Bercuti ke Tokyo, Jepun, musim autumn

bercuti-ke-tokyo,-jepun-day-1

Bercuti ke Tokyo, Jepun musim autumn

bercuti-ke-tokyo,-jepun-day-1

Masing-masing nak jadi Dragon Ball pulak

 
bercuti-ke-tokyo,-jepun-day-1
bercuti-ke-tokyo,-jepun-day-1

Gayat tak?

Bercuti ke Tokyo, Jepun musim autumn

 

Bercuti ke Tokyo, Jepun musim autumn

Kat sini ada photo booth. Nak ambil gambar kat sini kena melalui staff yang jaga kat sini. Dia akan ambilkan gambar dengan handphone kita. Tapi kalau kita dalam group, dia cuma ambilkan gambar dari satu handphone je. Tapi dia klik banyak kali jugak. Lepas tu dia akan ambil gambar dengan kamera dia. Tapi, kalau nak gambar ni kena bayarlah. Tapi tak wajib pun nak beli. Tapi bila tengok muka sendiri kat dalam gambar tu, tak tergamak pulak kalau tak beli. Hehehe. Harga tak ingat pulak berapa. Rasanya 12,000Yen kot.

 

Harga tiket untuk naik ke sini

Lama jugak kami kat atas ni. Hehe, tengok jam dah tengahhari. Patutlah macam lapar je. So masa untuk cari tempat makan.

bercuti-ke-tokyo,-jepun-day-1
bercuti-ke-tokyo,-jepun-day-1

Untuk lunch, memang dah plan nak makan dekat Asakusa Sushiken. Restoran ni dapat pengiktirafan halal tau. Nak cari restoran ni agak memenatkan jugalah. Rupanya kami tersalah exit masa keluar dari subway. Ha patutlah lain macam je. Sebab ikut pembacaan KakZaza sebelum ni, restoran ni memang dekat sangat dari stesen subway.

Bercuti ke Tokyo, Jepun musim autumn

 

Suasana dalam restoran

Kat sini kita boleh nampak Chef sediakan makanan

 

Air ni free je

Bercuti ke Tokyo, Jepun musim autumn

Kami makan set Tempura dan Sushi Cheese. Sedappp!

Bercuti ke Tokyo, Jepun musim autumn

Ni Sushi Cheese

 

Bercuti ke Tokyo, Jepun musim autumn

Layanan kat sini pun best. Sempat jugak mereka ambil gambar kami dan letak dalam instagram mereka.

Harga makan kat sini pun berpatutan. Kalau datang ke area sini, jangan lupa lah masukkan restoran ni dalam itinerary korang ye.

Bercuti ke Tokyo, Jepun

Kemudian kami ke Sensoji Temple dan Nakamise Street. Ini memang tempat wajiblah kalau ke Tokyo ni. Kat sini fefeeling tradisional Jepun.

 
Bercuti ke Tokyo, Jepun musim autumn

 

Bercuti ke Tokyo, Jepun musim autumn

Bercuti ke Tokyo, Jepun musim autumn

Dari sini, kalau teruskan jalan boleh sampai ke Nakamise Street. Antara tempat wajib kalau dah sampai di Asakusa ni. 

 

Ni dekat Nakamise Street. Kalau nak cari souvenir ke boleh cari dekat sini.

Suka area sini sebab cantik dan rasa cool je. Hehe

Nampak tak ninja atas tu

Next, misi mencari daun autumn dekat Tokyo. Kalau ikutkan time KakZaza datang ni dah dikira peak autumn. Peak autumn kat Tokyo ialah mid November sampai early December. Tapi masa time KakZaza kat sana, belum peak sangat. Frust la jugak. Ingatkan nak guling-guling kat daun autumn. Hehe.

Kami ke Ueno Park. Sebelum tu singgah kejap dekat Akihabara. Kalau nak shopping camera dan barang elektrik, ha kat sinilah tempatnya. Tapi kami tak explore pun tempat ni. Bila dah balik Malaysia rasa menyesal pulak tak jalan kat sini. Nanti boleh repeat lagi ke? Hehe.

Bercuti ke Tokyo, Jepun Day 1
Bercuti ke Tokyo, Jepun Day 1

Nampak tak payung hitam yang KakZaza pegang tu. Payung tu beli masa dekat Asakusa. Tiba-tiba hujan masa baru lepas keluar dari restoran. Tu yang beli payung dekat 7-Eleven. Tapi hujan sekejap je, tak sampai 5 minit pun. So ke hulu ke hilir lah bawak payung tu. Tapi, KakZaza tertinggal payung ni masa duduk-duduk dekat Ueno Park. Sampai dalam tren, baru tersedar, eh payung dah takda.

Masa sampai dekat Ueno Park, hari pun dah semakin gelap. Jadi malas pulak nak masuk jauh lagi dalam taman. Lagipun masa ni dah semakin sejuk. Menggigil jugak lah.

Bercuti ke Tokyo, Jepun Day 1
Bercuti ke Tokyo, Jepun Day 1
Bercuti ke Tokyo, Jepun Day 1
Bercuti ke Tokyo, Jepun Day 1

Lepas lepak-lepak dekat Ueno Park, kami ke Shinjuku. Ingatkan dah lewat sangat masa tu, bila tengok jam, la baru pukul 5. Mati-mati ingatkan dah nak pukul 9. Sebab cuaca macam dah malam.

Bercuti ke Tokyo, Jepun Day 1

Dekat Shinjuku ni just jalan-jalan tengok bandar Tokyo waktu malam. Dan ambil kesempatan untuk cari tempat berkumpul esok untuk ke Mount Fuji. Puas jugaklah cari tempat ni, rupanya senang je, dekat dengan tren.

Bercuti ke Tokyo, Jepun Day 1

Nampak tak happy sangat bila dah jumpa tempat berkumpul esok? Hehehe, sebab penat dah jalan akhirnya jumpa jugak. Rasa macam nak sambut raya pulak dia punya excited tu.

Ingatkan nak makan malam lepas tu tapi perut masih kenyang lagi makan siang tadi. So kami decide untuk balik je ke rumah. Lagipun esok nak berjalan jauh untuk melihat keindahan gunung Fuji.

So nantikan kisah kami di hari kedua ya 🙂