Seperti raya-raya yang lepas, Kak Zaza memang beraya dekat Kuala Lumpur je. Ada ke yang #teamrayakl jugak kat sini? Kalau ada kita geng! High 5 sikit! :p
 
Kalau beraya kat KL ni, memang jalan agak lengang lah. Tapi dah tak macam dulu sangat. Dulu-dulu lagi lengang dan sunyi. Sekarang ni ramai juga yang dah beraya di KL. So KL takdalah sunyi sangat.
 
Raya kali ni, Kak Zaza ambil kesempatan ke Upside Down House dekat Menara Kuala Lumpur. Sekarang ni tengah ada promosi. Promosi sehingga 4 Ogos ini, tiket masuk cuma RM15 saja. Bolehlah datang bawa family. Waktu buka dari jam 9.00 pagi sehingga 7.00 malam.
 

Rumah terbalik ni sama seperti rumah sebenar, ada ruang tamu, dapur, bilik tidur, bilik mandi tapi segala-galanya terbalik. Rumah dua tingkat, dengan ketinggian 20 kaki dan kawasan seluas 2,000 kaki persegi, mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan dan merupakan rumah terbalik tertinggi di Malaysia.




 

  Ni dekat perkarangan rumah. Cantik dengan bunga-bungaan.

 

 

Rumah yang terbalik, atau Kak Zaza yang terbalik?? :p

 

 Tak tau apa motif gambar ni? Lol

 

 

Ini dekat taman di luar rumah terbalik. Cantik macam dalam cerita fairy tale.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dekat luar rumah. Ini je yang tak terbalik.

 

 

 Ini bilik tidur

 

 

Argh takut terjatuh almari ni atas kepala

 

Siapa yang susun sampai terbalik ni

 

 

 

 

Tengah fikir macammana lah benda ni boleh kat atas. Eh macam cerita Seniman Bujan Lapok pulak rasanya tetiba motor ada kat atas.

 

 

 

Kalaulah terjatuh habislah Kak Zaza

 

 

 

Ruangan dapur

 

 

Ke tingkat bawah pula.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

So kalau datang ke KL jangan lupa lah singgah ke sini. Dekat sebelah KL tower je.

 

 

 

 Baju ini dari koleksi Zawara for Lazada. Dan of course Premium Beautiful corset tak pernah lupa :p

 

 

 

 Kakak pula bergaya dengan baju koleksi dari Emel by Melinda Looi.

 

 

 

 

 

 Selamat hari raya dan maaf zahir batin dari kami 🙂

 





WhatsApp WhatsApp untuk pertanyaan
Share via
Copy link
Powered by Social Snap