Trip ke Bangkok, Thailand

Trip ke Bangkok, Thailand ni boleh lah dianggap macam last-minute plan jugak. Semuanya sebab my sis ni peminat Minho, Shinee. Dan dia buat fan meet dekat Bangkok. Jadi, my sis ni berialah ajak pergi jugak. Jadi sebab dia kata nak sponsor semua, kenapa tidak kan? Dah alang-alang ke Bangkok, kami pun buat jugaklah itinerary. Tapi yang sedihnya dapat tinggal 1 malam je dekat sana sebab Isnin tu kena buat closing account pulak. Itulah sedihnya nasib sebagai seorang akauntan ni, bila hujung bulan dan awal bulan tak boleh nak bercuti sebab terpaksa siapkan account ikut dateline yang ditetapkan.

Jadi awal-awal pagi kami dah terpacak dekat KLIA 2. Kami naik flight terawal, jam 7 pagi. Perjalanan ambil masa 2 jam.

Sebelum fly kita selfie dulu

Breakfast di awan biru

Alhamdulillah, perjalanan kami haritu berjalan lancar. Kami sampai ikut jadual.

Hello Bangkok.

Sampai-sampai je kami terus pergi ambil pocket wifi yang dah booking siap-siap masa dekat KL lagi.Dah lepas tu, terus ambil kereta sewa. Kami cadang nak drive je dekat Bangkok ni. Kereta sewa pun kami dah siap-siap booking dari website https://www.arguscarhire.com/

Dekat sini, kita boleh pilih jenis kereta dan nak pick up kereta dekat mana. Kami pilih pick up di airport je. Senang sikit kan. Masa dalam website, kami pilih Toyota Yaris. Tapi bila time nak pick up tu, dia tukar kereta kami kepada Toyota Fortuner. Ha, ambik, kereta besar terus. Masa tu macam menggelabah jugak lah, sebab tak pernah bawak kereta besar. Risau jugak. Dah lah bukan kereta sendiri, dan dekat tempat orang pulak tu. Stress giler, tapi buat-buat cool je. Untuk sewa kereta dekat sini, cuma sediakan lesen memandu kita di Malaysia (tak perlu apply lesen antarabangsa sebab memandu di negara ASEAN), credit card (pembayaran hanya diterima melalui credit card saja), passport dan email tempahan kereta sewa.

Bila urusan semua dah selesai, kami pun dibawa ke kereta kami, dan kami kena check condition kereta dulu sebelum terima. Minyak memang full tank, jadi masa pulangkan nanti pun kena full tank jugak. Masa nak bawak tu, kaki tak sampai kat pedal, nak adjust seat kereta tak reti pulak. Hahaha, terpaksalah mintak tolong orang kereta sewa tu. Agaknya dalam hati dia kata, boleh ke budak ni bawak kereta ni, adjust pun tak pandai. Lol.

Inilah kereta yang kami gunakan selama 2 hari di Bangkok. Seram jugaklah sebab tak biasa bawak kereta besar.

Rupanya bila dah bawak tu ok je. Sama je macam bawak kereta biasa. Takda apa yang nak ditakutkan. Jadi, apa lagi, kami pun terus je ikut iterinary yang dah kami sediakan.

Tempat pertama yang kami pergi ialah King Power Mahanakhon, menara tertinggi dekat Bangkok yang ada 77 tingkat dan merupakan salah satu tarikan di Bangkok, Thailand. Dalam perjalanan tu, ternampak hotel yang akan kami tinggal dan cuma beberapa km je dari King Power Mahanakhon, jadi kami ambil keputusan untuk park je kereta dekat hotel, check in dan jalan kaki je ke Mahanakhon. Nasib baik boleh check in awal, cuma bilik tak dapat lagi, kena tunggu pukul 2 petang. Luggage kami letak dulu dekat reception, dan kami pun terus je menuju ke Mahanakhon. Dan dari hotel ke sini cuma ambil masa dalam 10 minit je berjalan.

Dalam perjalanan terjumpa CIMB Thai.

Inilah bangunan yang kami tuju

Dekat sini ada Mahanakhon Skywalk Observatory yang terletak dekat tingkat 74 dan 75.Β  Bolehlah lihat seluruh bandar Bangkok.

Dan tarikan utama dah tentulah Mahanakhon Skywalk Observatory & Rooftop, dekat tingkat atas sekali. Memang cantik giler tau sebab kita boleh lihat pemandangan Bangkok dari rooftop di ketinggian 314 meter.

Ini tangga yang nak ke rooftop. Nak naik lif pun boleh.

Dekat atas ni ada cafe jugak. Seronok kan sambil minum sambil tengok pemandangan dari atas rooftop. Tapi kami tak minum lah atas ni, sebab tak nampak minuman halal pun.

Naik tangga ni, uoll boleh lihat sendiri pemandangan dari atas Bangkok. Cantik sangat dan ngeri jugak. Hehe.

Setinggi 314m

Nampak tak dekat bawah tu. Itulah glass floor. Memang kalau naik atas ni, jangan lupa dapatkan pengalaman di glass floor yang tertinggi di Asia Tenggara ni.

Nak jalan atas ni kena pakai sarung plastik yang dah disediakan macam kami pakai ni.

Serius memang best, tapi ngeri gilerr.

Macam-macam aksi ada.

Dah puas lihat bandar Bangkok dari atas dan puas bergambar, kami pun balik semula ke hotel kami.

On the way balik hotel tu, sempat beli Thai Green Tea. Panas-panas macam ni dapat minum air sejuk ni memang nikmat sangat.

Kami pilih tinggal dekat Furama Hotel, Silom. Memang recommend untuk tinggal kat sini. Selesa sangat, dan bilik dia sangat besar. Terlupa pulak nak ambil gambar bilik ni. Tapu boleh tengok dekat dalam video ni.

Kami berehat sekejap, mandi, solat dan tidur sekejap sebelum ke fan meet dekat Thunder Dome Muang Thong Thani pukul 7.00 malam. Perjalanan ke sini ambil masa lebih kurang sejam. Jadi kami bertolak dalam pukul 5.00 petang.

Sampai-sampai kami terus ambil tiket dan pass bergambar dengan Minho. kedua-dua tiket kami dapat special pass untuk group photo dengan Minho. Bertuah sangat kan?

Group photo dengan Minho

Begitulah hari pertama kami di Bangkok. Esoknya dah nak balik KL semula. Tapi sebelum balik tu kami nak jugak jalan-jalan dekat bandar Bangkok sebelum balik ke KL.